COVE RESIDENCE MELAKA · PROGRAM PEMILIK

Serah kunci dulu.
Lepas itu, sediakan unit untuk tetamu.

Pasukan Neststay boleh menyelaras persediaan perabot, pelancaran sewaan jangka pendek, urusan tetamu dan laporan bulanan. Kita mulakan dengan jenis dan keadaan unit anda.

Gambaran pembangunan tepi laut COVE Residence Melaka
Gambaran artis daripada bahan jualan projek. Reka bentuk akhir tertakluk pada kelulusan dan serahan sebenar.

Mula dengan unit anda

Cari pelan unit anda. Lepas itu baru bincang cara sewa.

Pilih pelan yang paling hampir. Beritahu team sama ada unit kosong, sudah disewa atau masih tunggu kunci, serta keadaan perabotnya. Dari situ baru senang bincang cara sewa dan apa yang patut dibuat dulu.

  1. 01Pilih pelan hampir sama
  2. 02Kongsi keadaan unit
  3. 03Tekan Send di WhatsApp

Sumber maklumat projek: KEB. Semak pelan rujukan dengan dokumen unit anda; keluasan sama tidak semestinya susun aturnya sama. Tak perlu hantar SPA atau kad pengenalan untuk pertanyaan awal, dan tiada komitmen untuk menyertai.

Kemas kini pakej perabot

Pakej perabot All-In baharu akan datang

Butiran pakej dan harga permulaan akan diumumkan selepas disahkan.

Bagi pakej yang layak, ansuran sehingga 36 bulan mungkin tersedia melalui kad kredit, bukan ansuran tunai. Kelulusan dan tempoh bergantung pada baki had kad serta terma bank yang mengambil bahagian. Sila sahkan butiran pakej dan pembayaran terkini dengan team kami sebelum meneruskan.

Kemas kini pakej perabot

Pakej perabot All-In baharu akan datang

Butiran pakej dan harga permulaan akan diumumkan selepas disahkan.

Teroka rekaan dalaman

Cara pool sharing COVE berfungsi

Satu Pool untuk Type A, B dan C.

Unit Neststay yang menyertai program COVE berkongsi satu Pool. Hasil sewaan kasar ditolak OPEX (kos operasi seperti caj platform tempahan, utiliti, pembersihan dan dobi yang berkenaan); baki hasil sewaan bersih dibahagi 75% kepada pemilik dan 25% kepada Neststay. Bahagian setiap pemilik ditimbang mengikut Net Purchase Price (harga pembelian bersih unit yang disahkan) dan Eligible Units (unit yang layak menyertai kiraan) pada setiap hari. Item OPEX sebenar boleh berbeza ikut tempahan dan skop yang dipersetujui.

Contoh kiraan — bukan ramalan pendapatan

Langkah 1 — Semak jumlah harga unit yang layak.Harga belian bersih unit ini ialah RM300,000. Dalam contoh ini, jumlah harga belian bersih semua Eligible Units (unit yang layak) ialah RM60,000,000. Contoh ini mengandaikan unit yang layak tidak berubah sepanjang tempoh tersebut.

Jika pemilik menggunakan malam penginapan percuma, unit ini tidak dikira pada malam tersebut. Jadi, jumlah harga unit yang layak boleh berubah mengikut hari.

Langkah 2 — Kira agihan daripada Pool pemilik.RM300,000 ÷ RM60,000,000 × RM500,000 = RM2,500.Maksudnya: harga belian bersih unit ini ÷ jumlah harga belian bersih semua unit yang layak pada hari tersebut × Pool pemilik. RM500,000 dalam contoh ini sudah merupakan Pool pemilik selepas OPEX dan pembahagian 75% / 25%. RM2,500 ialah contoh sebelum maintenance reserve dan potongan lain yang dipersetujui.

Ini contoh ringkas sahaja. Kiraan sebenar dibuat setiap hari; jumlah bulanan ialah jumlah agihan bagi hari unit itu layak. Pada malam penginapan percuma, unit tersebut tidak menerima agihan.

Contoh ini bukan prestasi sebenar, anggaran hasil atau jaminan pulangan. Contoh ini mengandaikan unit yang layak tidak berubah sepanjang tempoh tersebut. Kiraan sebenar mengambil kira Eligible Units setiap hari, rekod harga belian yang disahkan, OPEX yang berkenaan dan perjanjian yang ditandatangani.

Penginapan pemilik

10 + 20 malam percuma setiap tahun.

Promosi ini diperbaharui setiap tahun sepanjang tempoh kontrak aktif. Malam percuma hanya pada hari bekerja; hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah, musim puncak dan tarikh acara khas dikecualikan. Tarikh lain tertakluk pada tempahan, ketersediaan dan syarat program yang disahkan.

Ahli keluarga dan rakan boleh menggunakan malam ini, tetapi pemilik perlu membuat tempahan melalui saluran rasmi sekurang-kurangnya 15 hari lebih awal. Malam percuma tidak boleh dijual semula atau disewakan. Tertakluk pada terma akhir program; penginapan di unit pemilik lain tidak dijamin.

Tempoh program

Kontrak 3 + 3 tahun.

Perjanjian awal adalah untuk 3 tahun. Sambungan 3 tahun lagi tertakluk pada persetujuan kedua-dua pihak. Elaun malam percuma diperbaharui setiap tahun dalam tempoh kontrak aktif, termasuk tempoh sambungan jika diperbaharui. Terma akhir ikut perjanjian bertulis yang ditandatangani.

Soalan pemilik

Sebelum membuat permohonan.

Apakah hubungan Neststay dengan Cove Suites?+

Neststay bekerjasama secara rasmi dengan Cove Suites, operator milik pemaju. Sebelum serahan kunci, kami menyelaras persediaan operasi dan sistem. Pemilik menyertai program Neststay sendiri; skop perabot, pengurusan dan laporan ikut terma yang dipersetujui.

Bagaimana agihan pendapatan Pool Sharing dikira?+

Hasil sewaan daripada unit Neststay yang menyertai program COVE dikumpulkan dalam satu Pool. Selepas OPEX yang berkenaan ditolak, baki hasil bersih dibahagi 75% kepada pemilik dan 25% kepada Neststay. Bahagian setiap pemilik dikira setiap hari mengikut Net Purchase Price (harga belian bersih unit yang disahkan) berbanding jumlah harga belian bersih Eligible Units (unit yang layak) pada hari tersebut. Jumlah agihan harian ditambah dalam laporan bulanan. Bahagian 75% tidak ditolak sekali lagi daripada Pool pemilik.

Apakah yang termasuk dalam OPEX?+

OPEX ialah kos operasi sebenar yang berkaitan dengan tempahan dan pengurusan unit. Ia mungkin merangkumi caj platform tempahan dan pembayaran, elektrik, air, internet, pembersihan, dobi dan linen, bekalan tetamu, penyelenggaraan asas serta sistem pengurusan. Bukan semua kos dikenakan setiap bulan; jumlah sebenar bergantung pada tempahan, keperluan unit dan skop yang dipersetujui. Gaji kakitangan Neststay ditanggung oleh Neststay, bukan dimasukkan ke dalam OPEX.

Apakah maintenance reserve sekitar RM167 sebulan?+

Kira-kira RM167 diperuntukkan daripada bahagian pemilik untuk kerja pembaikan. Ini bukan caj pengurusan tambahan. Baki yang tidak digunakan kekal dalam reserve dan diselaraskan setiap tahun. Jika agihan bulan itu tidak mencukupi, potongan ditangguhkan ke bulan seterusnya dan tiada bayaran tunai tambahan diminta untuk reserve tersebut.

Bila bayaran dan laporan bulanan akan diterima?+

Angka bulan tersebut disediakan selepas hujung bulan dan bayaran disasarkan selewat-lewatnya pada 25 haribulan berikutnya. Laporan menunjukkan hasil Pool, OPEX dan cara agihan dikira. Maintenance reserve serta potongan perabot yang telah dibenarkan boleh mempengaruhi jumlah yang dibayar.

Jika operasi rugi, adakah saya perlu tambah wang?+

Agihan sewa bulanan pemilik boleh menjadi sifar tetapi tidak menjadi negatif; Neststay menanggung kekurangan operasi. Ini tidak termasuk kos pegangan hartanah seperti caj penyelenggaraan bangunan, sinking fund, cukai tanah, cukai taksiran, pinjaman atau komitmen peribadi pemilik. Pendapatan sewa tidak dijamin.

Adakah jumlah pendapatan tertentu dijamin?+

Tidak. Tempahan, kadar sewa, musim, kos operasi dan unit yang layak pada setiap hari boleh mengubah agihan. Contoh di laman ini hanya menerangkan cara pengiraan; ia bukan prestasi sebenar COVE, ramalan pendapatan atau jaminan pulangan.

Bagaimana bayaran perabot dan ansuran dibuat?+

Perjanjian perabot dibuat terus dengan IDS Home. Ansuran sehingga 36 bulan mungkin tersedia melalui ansuran kad kredit, bukan ansuran tunai. Kelulusan dan tempoh ansuran bergantung pada baki had kad serta terma bank yang mengambil bahagian. Pakej, harga dan jadual bayaran baharu sedang disediakan. Minta sebut harga serta jadual bertulis terkini daripada team sebelum menandatangani atau membuat bayaran.

Berapa lama tempoh perjanjian? Boleh tamatkan lebih awal?+

Tempoh awal ialah 3 tahun. Sambungan 3 tahun lagi hanya dibuat jika kedua-dua pihak bersetuju. Penamatan awal, penjualan unit dan sebarang caj perlu mengikut perjanjian akhir yang ditandatangani. Dapatkan klausa yang disahkan daripada team sebelum membuat keputusan.

Bolehkah pemilik menginap di unit sendiri?+

Promosi COVE menyediakan sehingga 30 malam setahun: 10 malam biasa dan 20 malam promosi. Kuota diperbaharui setiap tahun sepanjang kontrak aktif, termasuk tempoh sambungan jika diperbaharui. Malam percuma hanya pada hari bekerja; hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah, musim puncak dan tarikh acara khas dikecualikan. Tempahan awal dan ketersediaan tertakluk pada pengesahan team.

Bolehkah ahli keluarga atau rakan menggunakan malam percuma?+

Boleh. Pemilik perlu membuat tempahan sendiri melalui saluran rasmi sekurang-kurangnya 15 hari lebih awal. Malam percuma tidak boleh dijual semula atau disewakan. Sahkan tarikh, ketersediaan unit dan aturan pembersihan dengan team sebelum membuat tempahan.

Bagaimana penginapan percuma mempengaruhi agihan Pool?+

Pengiraan dibuat setiap hari. Pada malam pemilik menggunakan kuota percuma, unit itu tidak menerima agihan hari tersebut dan Net Purchase Price-nya tidak dimasukkan dalam jumlah Eligible Units pada hari itu. Unit lain dikira mengikut bahagian harga belian bersih masing-masing dalam Pool yang boleh diagihkan pada hari tersebut. Kaedah ini mengubah pemberat agihan; ia bukan jaminan bahawa pendapatan pemilik lain tidak berubah.

Siapa tanggung kerosakan yang dibuat oleh tetamu?+

Haus dan lusuh biasa diurus melalui maintenance reserve. Bagi kerosakan yang disebabkan tetamu, tuntutan akan dibuat kepada tetamu melalui deposit atau perlindungan platform yang berkenaan, tertakluk pada bukti dan terma. Neststay bertanggungjawab atas kecuaiannya sendiri dalam tugas yang dipersetujui.

Apakah kuasa yang saya berikan kepada Neststay?+

Kebenaran yang dipersetujui meliputi urusan sewaan, penerimaan serahan kunci dan susulan kecacatan, serta kehadiran atau pengundian bagi perkara JMB yang berkaitan dengan operasi penginapan jangka pendek. Skop ini terhad kepada urusan pengurusan dalam perjanjian dan tidak memindahkan hak milik. Sahkan skop serta keperluan mesyuarat atau pengundian sebelum menandatangani.

Apa berlaku jika Neststay berhenti beroperasi?+

Jika Neststay menghentikan operasi, program menyatakan pemilik boleh menamatkan perjanjian serta-merta tanpa lock-in atau penalti penamatan. Sahkan klausa ini dalam perjanjian akhir sebelum menandatangani.

Adakah aturan bangunan untuk penginapan jangka pendek sudah selesai?+

Neststay sedang berbincang dengan pihak pengurusan bangunan tentang urusan kecacatan, daftar masuk dan keluar tetamu serta operasi akan datang. Persediaan ini tidak menggantikan peraturan bangunan atau kelulusan yang diperlukan. Sahkan syarat semasa yang terpakai kepada unit anda sebelum memulakan operasi.

Adakah promosi penyertaan masih tersedia?+

Promosi boleh berubah atau tamat. Tanya team sama ada tawaran masih tersedia dan minta syarat serta kelayakannya disahkan secara bertulis sebelum bergantung padanya.

Apakah yang perlu disediakan sebelum memohon?+

Untuk pertanyaan awal, berikan jenis unit, keluasan, keadaan perabot dan status serahan kunci. Borang rasmi semasa meminta dokumen pembelian serta rekod bayaran tertentu. Sahkan sebut harga, skop dan arahan bayaran terkini dengan team sebelum membuat bayaran atau menghantar bukti bayaran.

Pemilik COVE Residence Melaka

Mula dengan soalan tentang unit anda.

Kongsi jenis unit, keluasan dan keadaan perabot. Team kami boleh terangkan langkah seterusnya sebelum anda membuat permohonan rasmi.

Semak unit saya WhatsApp