Kongsi maklumat asas dulu pun boleh. Belum ada pelan lantai atau belum pilih cara sewa? Tak apa, boleh mula tanya dulu.
Panduan untuk pemilik
Semak satu per satu
Ambil perkara yang berkaitan dengan unit anda. Setiap project dan aturan sewaan boleh berbeza.
01
Tanya caj dikira atas jumlah yang mana
Jumlah tempahan yang nampak di platform belum semestinya jumlah yang pemilik terima. Cleaning, dobi, utiliti, caj platform, barang tetamu dan pembaikan mungkin ditolak mengikut belanja sebenar. Minta penjelasan sama ada peratus pengurusan dikira atas hasil tempahan kasar atau baki selepas kos operasi yang dipersetujui.
Contoh laporan bulanan boleh membantu. Anda patut nampak jumlah tempahan, potongan satu per satu dan baki untuk pemilik dalam laporan yang sama.
02
Individual 7/3: kiraan untuk unit anda sendiri
Dalam aturan individual Neststay, hasil unit itu ditolak kos operasi yang dipersetujui dahulu. Baki kemudian dibahagi 70% kepada pemilik dan 30% kepada Neststay. Ia bukan bermaksud pemilik terus dapat 70% daripada setiap bayaran tempahan.
Kalau anda pegang beberapa unit, tanya sama ada hasil dan kos setiap unit boleh dilihat berasingan. Satu team mengurus banyak unit tidak bermaksud semua hasil mesti digabungkan.
03
Pool sharing ada satu lagi langkah
Dalam rental pool, mula-mula semak bagaimana hasil selepas kos operasi dibahagi antara operator dan kumpulan pemilik. Selepas itu baru semak cara bahagian pemilik diagihkan kepada unit yang menyertai pool. Dua langkah ini berbeza. Angka seperti “75% untuk pemilik” belum menjelaskan bahagian setiap unit.
Ada project yang mengikut jenis unit, ada yang menggunakan harga belian bersih sebagai pemberat, dan ada aturan lain yang dipersetujui. Sesetengah project juga mengira kelayakan unit hari demi hari. Rujuk terma bertulis project tersebut.
04
Tanya tentang hari unit tidak tersedia
Jika pemilik menggunakan unit sendiri atau unit ditutup sementara untuk pembaikan, tanya sama ada ia masih mengambil bahagian pada hari itu. Fahami bagaimana pemberat unit lain berubah dan apa yang akan ditunjukkan dalam laporan bulanan.
Peraturan begini mungkin nampak kecil, tetapi penting apabila banyak unit berkongsi hasil. Minta satu contoh kiraan berdasarkan aturan project anda.
05
Jangan pilih berdasarkan peratus sahaja
Semak apa yang team buat: harga, mesej tetamu, check-in, pemeriksaan cleaning, susulan pembaikan, laporan dan bayaran. Tanya kos yang dicaj berasingan serta siapa meluluskan pembaikan yang lebih besar. Peratus untuk pemilik yang lebih tinggi tidak semestinya memberi baki bersih yang lebih tinggi.
Semak juga bila bayaran dibuat, kekerapan laporan dan cara menamatkan serta menyerahkan balik pengurusan. Cara kerja harian sama penting dengan formula agihan.
06
Bincang ikut unit sebenar
Kongsi nama project, keluasan, jenis unit, keadaan perabot, cara sewa sekarang dan sama ada anda ada satu atau beberapa unit. Team boleh bincang sama ada aturan individual, pool yang tersedia atau cara sewa lain lebih sesuai untuk dinilai. Skop dan asas agihan akhir ikut cadangan serta perjanjian yang dipersetujui.
Soalan yang selalu ditanya
7/3 dikira terus daripada hasil tempahan kasar?+
Bukan untuk aturan individual Neststay. Kos operasi yang dipersetujui ditolak dahulu, kemudian baki unit dibahagi 70% kepada pemilik dan 30% kepada Neststay. Semak senarai kos dan asas kiraan dalam cadangan bertulis.
Semua pemilik dalam pool dapat jumlah yang sama?+
Tidak semestinya. Agihan boleh mengikut jenis unit, harga belian bersih atau kaedah lain yang ditetapkan project. Kelayakan unit pada hari tertentu juga mungkin diambil kira.
Kalau satu team urus beberapa unit saya, hasil mesti digabung?+
Tidak. Mengurus beberapa unit dan menggabungkan hasil dalam rental pool ialah dua perkara berbeza. Tanya sama ada laporan setiap unit boleh disediakan berasingan.
Kenapa peratus sahaja tidak cukup untuk banding proposal?+
Kerja yang termasuk, kos tambahan, asas kiraan dan cara laporan disediakan semuanya memberi kesan kepada baki pemilik. Bandingkan cadangan penuh, bukan satu angka sahaja.
Bincang ikut unit anda
Bila maklumat jelas, senang kita bincang langkah seterusnya.
Kongsi projek, pelan dan keadaan unit dulu. Lepas itu kita boleh bincang cara sewa, persediaan dan skop pengurusan.